0

Singapura dimaklumkan dengan kes pertama jangkitan virus Wuhan Korona semalam, 23 Januari.

Sepantas kilat, warganet mula mengongsi berita tersebut melalui kaedah Instagram story dan status Facebook.

Majoriti daripada mereka turut menyertakan peringatan untuk menjaga kebersihan dan untuk elak daripada mengunjungi tempat-tempat tertentu.

Namun, ada juga memandang remeh tentang epidemik berikut meskipun virus tersebut terbukti berbahaya.

Komen di artikel CNN

Terbaru, imigresen Woodlands dan Tuas mengumumkan bahawa pemeriksaan suhu akan dijalankan. Akan tetapi, segelintir rakyat setempat meluahkan ketidakkepuasan mereka terhadap usaha pencegahan ini.

Komen di artikel Berita Harian

Dalam pada itu, beberapa warganet juga mula mengeluarkan teori masing-masing tentang bagaimana virus ini dimulakan dan petanda di sebalik wabak ini.

Farahi Salman di Twitter berkata tercetusnya virus ini kerana rakyat China sering memakan apa jua jenis haiwan
Admin sebuah butik pengantin di Malaysia menyifatkan virus ini sebagai petanda kiamat.
Pengamal bekam Ahmad Khairuddin juga berfikir demikian. Dia turut memperingatkan pengikutnya tentang agenda dajjal.
Di artikel Global News pula, Dave Dowling tegas berkata bahawa China menyembunyikan statistik sebenar sehinggakan wabak ini merebak ke negara-negara lain.

Jadi apakah jalan penyelesaian? Ini jawapan yang diberikan seorang pengguna Facebook;

Komen di artikel Straits Times

Walau apapun punca Korona, diharapkan agar setiap individu memandang serius tentang hal ini kerana jumlah jangkitan dan kematian kian meningkat.

Komen di artikel Straits Times

Jadi jagalah kebersihan dan kesihatan. Kepada pembaca kami yang akan menyambut Tahun Baru Cina, daripada memberi duit, anda boleh cuba berikan pelitup muka pada saat genting ini.

Selamat Tahun Baru Cina in advance dan jaga diri semuanya!