0

Konflik antara seorang lelaki dan sekumpulan belia lelaki, yang dipercayai ahli samseng, tercetus di Teck Whye pada kira-kira 2 petang semalam (27 Februari).

Kejadian yang mengakibatkan tangan mangsa dihiris berlaku di sebuah estet perumahan Teck Whye dirakam oleh beberapa penduduk.

Salah sebuah video yang dikirimkan kepada newsdesk dirakamkan di dalam sebuah kereta.

f8bfa1_67b21aa73e1f4280a579ded237247bc2~mv2

Ahli samseng didapati mengejar lelaki yang dibulatkan.

Dalam video tersebut, ahli samseng mengejar mangsa dan salah seorang daripada mereka menghempuk kepala mangsa sehinggakan dia tersungkur di jalan raya.

Mereka kemudiannya meneruskan perbalahan di kolong blok berdekatan. Video kedua pula dirakamkan dari sebuah unit di blok bertentangan.

Ia memaparkan kumpulan samseng tersebut berlari keluar dari kolong blok. Satu daripada mereka pula berjalan ‘sat-sat’. Lelaki berkenaan juga didapati mempunyai sebilah parang di tangannya.

f8bfa1_d66846ae769e4894b08c526ac0d2acab~mv2

Lelaki berbaju krim seolah-olah tidak gentar sementara rakan-rakan sekepala dengannya berlari ke arah tempat letak kereta.

f8bfa1_7f65d0330a4a4957a7ca4842394002ad~mv2

Dia juga didapati memiliki senjata.

 

Dalam pada itu, seorang lelaki berjaket biru, merah dan putih, yang dipercayai penduduk berdekatan, berlari ke arah tempat terjadinya pergelutan.

Penglibatan lelaki berikut dalam pergaduhan ini kurang jelas.

f8bfa1_a38062eb1b57496f983239193287e4a8~mv2

Lelaki ini berlari ke kolong blok kejadian sambil berteriak “Oi! Oi!”

 

Newsdesk juga dimaklumkan Pasukan Tidakan Kecemasan (ERT) diaktifkan untuk meleraikan perbalahan tersebut.

f8bfa1_374614caf1e640bbb64c3e6e20ba9d55~mv2

Beberapa ahli ERT didapati bergegas ke tempat kejadian.

Akhir sekali, newsdesk menerima video dan gambar yang melakarkan padah yang ditimpa mangsa.

Amaran: Gambar yang bakal anda lihat menggerunkan.

Isi di bahagian tepi tangan dan jari manis mangsa dikelar.

Video rakaman kakak mangsa berbunyi: “Ni haram jadah mana potong adik aku? Aku dapat tau korang siap eh.”

Ekoran hal ini, warganet tampil untuk memberikan pandangan mereka.

Rata-rata, warganet tidak menyokong keganasan dan berharap agar mereka yang terbabit akan menilai kembali perbuatan mereka.

f8bfa1_e2b37e28016b42c894195d2641d7693d~mv2 f8bfa1_038a79a1a24d4b028d9208c09e5c8a98~mv2 f8bfa1_306cccb48a7842cfad07e514e4643861~mv2 f8bfa1_3e858b513a44438c9bea1be350afb8c5~mv2 f8bfa1_46219f6c146a448e9669b47624c2ec80~mv2

Warganet turut menyuarakan kebangaan mereka terhadap pasukan polis.

f8bfa1_79209d0222ba4e4990abd20021bbe904~mv2 f8bfa1_9652ec09909144f2a7a1b1e83dbc6f7e~mv2 f8bfa1_c62a765cfa33402587b4784142bfd704~mv2

Kes ini sedang disiasat.

Luahan wartawan: Pertama sekali, get well soon kepada mangsa. I hope your hand returns to its original state.

Kenapa gaduh-gaduh ni? Tak sangka dah 2020 masih ada yang nak tunjuk samseng dekat Singapore, lagi-lagi kat tempat terbuka. Confirm-confirm kena tangkap lah.

With the country’s intelligence and technology, do perpetrators really think they can escape the law? Well boohoo, the answer is no.

Don’t ever get into a fight because you’ll be at the losing end even if you were the victim at first. Kan dah terspeaking.

Dan tahniah kepada ERT atas kelincahan anda. Terima kasih atas bakti anda pada negara. Semoga yang bersalah akan dihukum seadilnya agar Singapura akan kekal aman.

Jangan buat kecoh ok? Dah cukup dah dengan COVID-19. Jangan tambahkan masalah already.

Ada cerita sensasi? Hubungi kami menerusi Facebook OKLETSGO!