0

Suasana di livestream ‘Wajik dan Dodol’ dimeriahkan lagi dengan kehadiran lapan anggota parlimen, yang memberikan ucapan Hari Raya khas buat pendengar-pendengar OKLETSGO dalam bentuk video.

Antara mereka ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Encik Heng Swee Keat, yang merakamkan penghargaannya kepada umat Islam setempat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk Islam Singapura atas kerjasama dan kesefahaman anda.

“Sambutan Hari Raya tahun ini berbeza dengan tahun-tahun yang lain. Namun, ada beberapa perkara yang kekal sama.

“Dalam pada kita menyambut lebaran ini, kita secara tidak langsung, mempraktikkan sikap timbang rasa, memberi dan membangkitkan semangat kekitaan.

“Mari sama-sama duduk di rumah dan jaga keselamatan agar kita dapat menyambut Hari Raya pada tahun-tahun akan datang bersama mereka yang dikasihi.”

Thank you DPM Heng Swee Keat, dan juga jemaah menteri yang sudi memberikan ucapan Hari Raya kepada pendengar kami. Dalam masa yang sama terima kasih kerana memberikan kami ruang dan peluang untuk shoot LIVE distudio bagi menghiburkan mereka yang sudi menonton. #SGteguhbersatu #SGUnited

Posted by Dzar Ismail on Saturday, May 23, 2020

Encik Heng turut berucap dalam Bahasa Melayu di Facebook rasminya dan memberi shoutout kepada OKLETSGO.

Sumber: Facebook, Heng Swee Keat

Turut tampil ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli, yang meluahkan kebangaannya terhadap masyarakat Islam tempatan.

“Banyak cabaran yang dilalui oleh masyarakat Islam kita sepanjang tempoh sukar ini. Namun, saya bangga dengan kecekalan dan ketabahan hati yang ditunjukkan masyarakat kita dalam bersatu teguh dengan masyarakat lain dalam memerangi wabak COVID-19.

“Di sebalik kesyahduan lebaran kali ini, kita tidak lupa kepada keperluan kerohanian kita. Ayuh, terus sebarkan rahmah dan keihsanan, bukan saja kepada para saudara Islam kita, tetapi juga kepada masyarakat besar Singapura.”

Dalam pada itu, Encik Masagos juga menekankan bahawa situasi ini tidak harus melemahkan semangat kita untuk terus beraya.

Tunggu apa lagi? Zoom lah!

Menteri Perhubungan dan Penerangan Encik S Iswaran pula memuji sikap daya tahan masyarakat kita.

“Salam sejahtera kepada semua pendengar OKLETSGO.

“Terima kasih kerana sama-sama memainkan peranan dalam perusahaan nasional ini untuk mengatasi cabaran COVID-19.

“Saya berbesar hati melihat ramai yang berjaya menyesuaikan diri dengan memanfaatkan teknologi untuk terus menghidupkan suasana dan kehangatan Syawal.

“Selamat menyambut Aidilfitri kepada semua. Selamat Hari Raya!”

Turut membuat penampilan dalam ‘Wajik dan Dodol’ untuk menyampaikan mesej khusus buat peminat-peminat OKLETSGO ialah:

Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan & Kementerian Ehwal Luar Datuk Bandar, Daerah Tenggara Dr Maliki Osman,

Menteri Negara, Kementerian Pembangunan Negara & Kementerian Tenaga Manusia Timbalan Whip Pemerintah Encik Zaqy Mohamad,

Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga & Kementerian Pendidikan Dr Faishal Ibrahim,

Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Ehwal Dalam Negeri & Kementerian Kesihatan Encik Amrin Amin,

dan Anggota Parlimen GRC Jurong Puan Rahayu Mahzam,

Semoga wabak ini hapus sebelum 12 Mei 2021 agar OKLETSGO boleh membawa masuk satu kabinet dalam studio untuk raikan Hari Raya bersama-sama.

Follow kita di OKLETSGO di Instagram | Facebook | Telegram