0

Sekilas pandang, kita bakal meneruskan hidup kita dalam tahun 2020.

Sebelum kita tamatkan tahun 2019, mari singkap kembali babak-babak “terkenal” yang telah berlaku sepanjang 2019.

Jangan risau, story ni light light. Takde politics bagai.

10. SAKIT NAK MATI

Sehina wajahnya, jijik lagi perangainya.

Begitulah gambaran yang boleh diberikan terhadap seorang lelaki yang sengaja batuk ke arah seorang wanita dan anak kecil.

Setelah disuruh untuk berhenti batuk, lelaki pengotor itu membuat bunyi “WEHKKKKK” dan menyebabkan wanita itu untuk beralih dari tempat duduknya.

Rakaman yang tamat secara mendadak itu diakhiri dengan ugutan laporan polis atas sikap tidak beretika lelaki tersebut.

Mungkin anda tertanya-tanya:

“Eh macam mana eh kalau I’m in a situation like this? Nak kena call police ke? Ke

nak pakai race card?”

Sebenarnya senang sahaja. Batuk balik ke mukanya. Kalau boleh, ludah sekali.

9. MOVE BITCH GET OUT DA WAY

Meskipun kurang upaya, lelaki berkerusi roda ini gigih merempuh pegawai SMRT yang tidak membenarkannya untuk menjual tisu di stesen MRT tersebut.

Untuk mengelakkan dirinya daripada digelek kerusi roda, pegawai tersebut berundur sementara lelaki tua itu cuba untuk menendangnya.

Dan dengan balasan Tuhan, lelaki tua itu tergelincir lalu jatuh dari kerusi rodanya.

Kalaulah betul dia OKU, tak mungkin dia boleh mengangkat kaki untuk sepak terajang orang.

Memang patut jatuh pun.

8. SEE MY LEVEL!!!

Berang kerana sanak saudaranya harus membayar $10 untuk meletakkan kenderaan mereka dalam kawasan kondominium tersebut, lelaki ini segera memaki hamun pengawal keselamatan yang bertugas pada malam kejadian.

Baginya, tetamunya hanya hendak meraihkan Diwali bersamanya dan tidak patut disuruh untuk membayar sesen pun kerana dia telah berbelanja berjuta dolar untuk rumahnya yang terletak di Bendemeer.

Dengan penuh riak, dia berkata: “I bought my fucking property for $1.5 million you know.”

Di samping itu, banyak lagi cacian yang dilontarkan, termasuk memaki jawatankuasa yang menguatkuasakan undang-undang bahawa kenderaan luar harus membayar sejumlah wang untuk dibenarkan masuk ke kediaman berikut.

Katanya: “Tell the management fuck off.”

Malah dia, seperti perempuan hostage itu, juga menggunakan race card. Secara ringkasnya dia berkata: “Oh kau tak kasi dorang masuk sebab orang India tak boleh pergi visiting kan.”

Yang jelas, apek yang bertugas kelihatan amat tenang dalam meleraikan hal tersebut.

Tak berganjak, tak melatah. Bagus apek ni.

Kalaulah aku jadi tu apek…No Sir, you fuck off to where you came from.

7. AYAHKU, WIRAKU

Sayang sayang sayang…Kamu dah berubah. You dah berubah Aliff!

Sayang sekali apabila penyanyi dan pelakon tempatan, Aliff Aziz, menghancurkan hidupnya dengan membuat keputusan-keputusan yang kurang bijak.

Terkini, Aliff, yang dikatakan mabuk, diberkas pihak berkuasa setelah ‘cari pasal dengan semua orang sia’ di Orchard Road.

Meskipun dalam keadaan sedemikian rupa, Aliff tetap mengingati orang tuanya.

Buktinya? Bertalu-talu anak mithali itu berkata “YOU TALK TO MY FATHER, SIR” kepada polis.

6. SARKAS DI BUKIT PANJANG

Sejak larangan atas penggunaan alat mobiliti peribadi (PMD) di laluan pejalan kaki dilaksanakan November lalu, ramai mencari alternatif untuk terus menggukan kemudahan berikut.

Cara pertama ialah untuk menunggang PMD di atas rumput, tapi, prosesnya agak perlahan akibat permukaan yang kasar. Jadi, apakah cara yang lebih efektif?

Apa lagi kalau bukan untuk menunggang di atas tempat berteduh! Dimulakan seorang belia 19 tahun, ia ternyata cara yang pantas dan thrilling.

Risikonya hanyalah anda boleh terjatuh dan patah riuk. Tapi jika anda berhati-hati, paling-paling anda akan ditangkap polis. Selamat mencuba!

5. FLYING KICK MAUT

Pelbagai pandangan dikongsi setelah video sepakan seorang pegawai Cisco terhadap seorang penunggang PMD tular di media sosial.

Ada yang menyifatkan perbuatan pegawai tersebut sebagai sesuatu yang heroic kerana tanpa tendangannya, penunggang yang tidak mematuhi had kelajuan yang ditetapkan itu boleh mengakibatkan kemalangan.

Akan tetapi, ada juga yang menganggap aksinya keterlaluan kerana ia telah menyebabakan penunggang tersebut untuk terpelanting ke tepi jalan raya.

Segelintir daripada mereka yang berpendapat sedemikian turut menyuarakan kebimbangan mereka terhadap pengguna PMD tersebut yang mungkin boleh cedera parah atau mati akibat impak kuat itu.

Eh takpelah kalau dia mati sekali pun. One less sampah masyarakat.

4. “ADAKAH IA KERANA SAYA CINA?”

“Naiklah bas, lagi murah.”

Itulah kata pujangga yang dikatakan pemandu Go-Jek, Kamaruzzaman Abdul Latiff, kepada penumpangnya, seorang wanita Cina 20-an tahun, yang meronta kerana harus membayar $2 bagi tol ERP.

Video yang dimuat naik sebagai bahan bukti tular menjadi hiburan bagi warga setempat angkara kelakuan wanita tersebut, sampaikan ada yang meluangkan masa membuat meme dan parodi untuk meningkatkan jumlah penonton di wadah mereka.

Antara adegan kegemaran ramai ialah apabila wanita itu berkata: “He’s taking hostage of me!” dan “Is it because I’m Chinese?” Selain diejek, wanita tersebut juga disifatkan sebagai seseorang yang memalukan kaum, tidak masuk akal dan tidak bertimbang rasa atau dalam erti kata lain, gila.

Orang begini patut ditampar.

3. BERSERUUUUU

Dengan menyemai unsur-unsur rok kapak dalam lagu kebangasaan “Majulah Singapura” pada Hari Kebangsaan tahun lalu, penyanyi rok terkemuka tanah air, Ramli Sarip telah membahagikan rakyat jelata kepada dua pihak.

Sebahagian daripada penduduk Singapura kagum dengan interpretasinya yang telah membangkitkan semangat kesetianegaraan, sehinggakan ada yang menitiskan air mata.

Salah satu komentar yang dilampirkan netizen ialah:

“Lagu Ramli Sarip yang dia bawak ni sekarang untuk Majulah Singapura memang

soulful. THORBAYEK. Suara serak-serak basah memang go ah!”

Pada yang lain pula, mereka menyifatkan usaha Papa Rock dalam mencuba menyuntik warna baharu dalam lagu penuh takzim itu sebagai sesuatu yang “telah merosakkan lagu nasional”.

Antara yang dilontarkan adalah: “Macam sial ah dia nyanyi” “Sudahlah Ramli. Sesak nafas aku dengar.”

Malahan, ada juga yang membahankan dendangan legenda ini sampaikan persembahan beliau tidak boleh diambil serius sesetengah pihak. (memang kelakar lah ekceli tapi masing-masing lah eh.)

Mungkin tahun depan jawatankuasa NDP boleh bayar ikon Rahimah Rahim pula untuk endangkan National Anthem. Mesti cool. Turban red and white.

2. BEBERD ATAU MUSHROOM?

Dikejar dalam keadaan bogel setelah ditangkap berintimasi dengan kekasihnya, yang

difahamkan sudah berkahwin, lelaki bertatu ini bersembunyi di dalam kereta milik lelaki Cina dengan harapan, dia akan terselamat daripada dihentam.

Sebaliknya, perbalahan berterusan dan segala aspek dalam pergaduhan tersebut dirakamkan dengan terperinci — tidak mengecualikan kemaluan lelaki tersebut.

Tanpa menghiraukan keperibadian lelaki itu, orang ramai yang menonton video itu rata-rata lebih mementingkan saiz anunya yang disamakan dengan cendawan.

Ada yang juga berkata:

“Badan tattoo tapi konek kecik.”

“Gitu jek???”

Namun secara logika, batang siapakah akan terus stim jika nyawa terancam? Renungkanlah.

1. 20 ¢, 50 ¢, $1?

Sesedap nasi lemak, sedap lagi melihat nasi lemak wanita, kan?

Sebelum ia ditutup, rangkaian SG Nasi Lemak di Telegram mengongsi dan menjual gambar-gambar eksplisit wanita dalam bentuk gambar dan video tanpa kebenaran empunya diri.

Namun, akaun-akaun baharu telah ditubuhkan bagi tujuan yang sama, cuma ia tidak (belum) sebesar saluran tersebut.

Memang tidak dinafikan bahawa manusia mempunyai nafsu tapi janganlah sampai perbuatan anda itu membuat orang jijik dengan diri anda. Banyak lagi wadah yang boleh anda lungsuri untuk memuaskan keinginan anda.

Malah, jika anda hendak memalukan seseorang sekali pun, ada pelbagai cara lain. Dan bagi yang menghantar, janganlah tunjuk muka anda. Coverlah dengan sticker.

Apakah detik yang tidak dapat anda lupakan dalam tahun 2019? Kongsikan! Dengan itu, semoga perangai merepek anda tidak terbawa-bawa ke tahun 2020.

Selamat Tahun Baru!