0

Bilakah kali terakhir anda dengar nama Taufik Batisah? Tentunya, sudah lama kerana semua terlalu sibuk menggembar-gemburkan nama Hady Mirza.

Well , sekarang giliran abang hensem, suara aummm Taufik pula untuk naikkan semula namanya.

September lepas, pemenang Singapore Idol siri pertama ini telah menarik perhatian ramai (buat seketika sahaja) setelah mengumumkan dia kini menceburi bidang penjualan hartanah.

Mengikut jejak abangnya, Mus Batisah, Taufik kini merupakan sebahagian daripada kumpulan ejen hartanah Sitimuszaidean yang baru-baru ini, telah menukar jenama mereka kepada Sitimuszaideanbatisahbros sempena penyertaan Taufik . YEAY! Sekarang kalau nak jumpa Taufik senang. Step nak jual atau beli rumah jer nanti boleh jumpa hehe!

Tapi cuba cakap Sitimuszaideanbatisahbros. Berbelit tak lidah? Busy kan nama dorang?

Lantas, mereka juga telah mewujudkan nama alternatif iaitu ‘The A Team’ yang secara tidak langsung, memaparkan mereka sebagai ejen hartanah gred ‘A’. Tapi, bolehkah kita letakkan kepercayaan kepada Taufik? Kira dia masih boi hingusan kan?

Usah bimbang! Meskipun baru 3 bulan berjinak-jinak dalam industri ini, Taufik telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan.

Melalui episod New Year New Me di saluran OKLETSGO, Mus berkata:

“Ilmunya mungkin tidak sebanyak kami — yang sudah berada dalam industri ini

sejak 7 atau 10 tahun lalu. Tetapi dengan cinta, dedikasi dan jaminan yang dia

berikan, tambah pula dengan fakta-fakta yang telah saya berikan kepadanya,

Taufik seolah-olah telah menjadi klon saya.”

Luahan wartawan: Baby steps, Taufik! You can do it! I tak boleh percaya tau you dah besar sekarang. I ingat lagi dulu I favourite sangat lagu you “Sesuatu Janji”. Now, you kena janji I and listeners that you akan jadi ejen yang bagus okay! XOXO

Jika anda, macam saya, rindukan suara Taufik, dengarkan OKLETSGO pada setiap hari Rabu dalam podcast yang akan diwawancarakan dalam bahasa Inggeris. Exclusive hokeh! Podcast lain takda hahhhh…

Dengarkan English podcast disini!