0

Atas faktor keselamatan, acara OKLETSGO Live di The Star Theatre, yang sepatutnya berlangsung pada 1 Ogos ini, ditangguhkan.

Ini sejajar dengan langkah jarak sosial yang melarang sebarang perhimpunan sosial tidak kira saiz sedang Singapura memerangi wabak COVID-19.

Praktikkan jarak selamat. Kalau tak ada urusan penting, duduk rumah.

Menurut pengasas bersama Dzar Ismail, OKLETSGO telah merancang untuk menangguhkan persembahan tersebut sejak bilangan kes COVID-19 kian meningkat di Singapura:

“Memang kami dah lama sepakat untuk menundakan acara. Namun begitu, belum sempat kami wartakan kerana kini kami agak sibuk dengan perancangan podcast dan pengagihan habuan untuk mereka yang memerlukan.”

Sungguhpun begitu, para peminat disyorkan bahawa kualiti dan kandungan persembahan tetap dikekalkan.

Buat masa ini, dengarkan podcast OKLETSGO di Spotify sementara menantikan pengumuman tentang tarikh baharu.

Nantikan perincian lanjut di sini!