0

Dalam beberapa podcast yg diterbitkan OKLETSGO di Spotify, ramai pendengar inginkan kehadiran seorang ustaz yang tidak menghakimi pendirian dan gaya hidup mereka ketika bertanya soalan-soalan berkaitan agama. Puas crew kami mencari individu yang sesuai, akhirnya dipertemukan dengan seorang individu yang sangat berkaliber untuk diletakkan didalam hotseat kami untuk sesi soal jawab.

Ramai pendengar membayangkan Ust NJU seperti watak Jalaludin Hassan. Sumber: Berita Kopak Media

Beliau adalah tidak lain tidak bukan, Ust Dr Mohamad Yusof Bin Sa’ad, lulusan PhD daripada Universiti Muhammadiyah Malang, Indonesia.

Ust Dr Mohamad Yusof Bin Sa'ad,

Ust Dr Mohamad Yusof Bin Sa’ad,

17 tahun bertugas didalam masjid-masjid di Singapura. Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah pengurus masjid, Imam Eksekutif, Eksekutif Dakwah, Mudir Madrasah, tadika dan pengurus perbadanan derma. Kini Ust Dr merupakan seorang pengarah eksekutif Nur Insan. Subhanallah. Hebat betul pengalamannya. Ingatkan dah habis, tetapi, ada lagi!

Ust Dr Yusof juga merupakan seorang Naib Kadi ROMM yang telah berkhidmat selama 15 tahun. Hakam Mahkamah Syariah Singapura selama 3 tahun dan seorang kaunselor belia, dewasa, dan kaunselor perkahwinan. Allahu. Dah macam Thanos dalam Avengers, tetapi, ini Thanos yang baik, Insya Allah.

Thanos yang baik. Sumber: Google

Thanos yang baik. Sumber: Google

Setiap minggu, ente-ente sekalian boleh bertanya Ust Dr Yusof apa juga persoalan berkaitan agama, dan insya Allah, beliau akan menjawab sedaya mungkin dalam podcast mingguan kami , OKLETSGO di Spotify, yang dibawakan khas kepada anda oleh Madrasah Nur Insan. Selamat berpuasa!