0

Saluran Telegram The Local Society mengongsi video seorang pembantu rumah sedang memasak sambil mengendong anak majikannya pada 1:40 pagi tadi.

Insiden yang berlaku pada 14 Januari, Selasa, dikongsi oleh ibu mangsa, Amy Low Mei Liang, di Facebook.

Sejak pos tersebut dinaikkan semalam malam, ia telah meraih 12,000 kongsian.

Luahan sang ibu

Video diraih daripada kamera litar tertutup (CCTV). Sumber: The Local Society

Video 1 minit 4 saat itu kelihatan normal pada mulanya. Namun, pada saat ke-31, pembantu tersebut menarik tangan bayi perempuan tersebut dan meletakkannya dalam periuk yang diisi dengan air mendidih.

Pembantu berkenaan mendekatkan bayi pada dapur gas

Serta-merta, bayi tersebut meraung kesakitan sambil ‘melambai-lambaikan’ tangannya.

Bayi tersebut seolah-olah meminta bantuan daripada pengasuhnya.

Malah, pembantu berkenaan melepuhkan tangan bayi itu sekali lagi sebelum berjalan keluar dari kawasan dikawal CCTV.

Natijahnya, kanak-kanak tersebut mengalami banyak kesan lecur. Menurut ibu bayi 16 bulan ini, dia mengalami kelecuran gred 2.

Amaran: Gambar-gambar yang bakal anda lihat agak menggerunkan