0

f8bfa1_dbff7184c2784009bb20c0bbc156e428~mv2 f8bfa1_9f35712b092843d082241d09703b3123~mv2

Pada petang Rabu, 15 Januari, Ummi Abdullah Saadah, mengadu tentang perkhidmatan teksi ComfortDelGro yang bernaung di bawah syarikat Grab melalui Facebook.

Menurut kenyataan Ummi, anaknya hendak membawa cucunya ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH) akibat demam tinggi.

Namun, pemandu teksi tersebut enggan menerima bayaran menerusi bayaran NETS. Newsdesk difahamkan anak Ummi dan cucunya disuruh keluar dari teksi sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung dalam teksi. Katanya, “And you ask my daughter to step out of ur car just because she want to pay by Nets and not cash!”

Tambah Ummi, pengasas sebuah syarikat katering, anaknya juga mengeluarkan kereta sorong keluar dari but sendiri sambil mengendong anaknya.

“She have a sick child with her who is having high fever, have to step out, carry the pram out of the boot,” luah Ummi, yang penyifatkan pemandu tersebut ‘tidak berhati perut’.

Ekoran posnya,yang setakat ini mendapat 750 reaksi, 457 komen dan 321 kongsian, pengguna Facebook lain turut memberi pandangan mereka.

Ada yang memberi simpati terhadap keadaan tersebut dan menyokong tidakan Ummi.

f8bfa1_9150ad0b19264339891a217967b6ff2a~mv2 f8bfa1_a9d7ef66d1a547aca04070d4412d3fb2~mv2 f8bfa1_a5e5247520d5471a8852c95b5d9f1025~mv2 f8bfa1_3787faedcf2843cc8a89d3b046d0bdfe~mv2

Namun, ada juga yang menyalahkan anak Ummi dan berkata dia serta anaknya kurang fasih tentang protokol Grab.

f8bfa1_9d6de863f75641bd86d3f2f47e58c0cf~mv2 f8bfa1_bb77859c2bdf4dbc99efac8fa008a259~mv2 f8bfa1_caab67339a504f83b223454157a8ce41~mv2 f8bfa1_fc54ab47f8fc4f3a9ecc2c3bec7df6f3~mv2

Luahan wartawan: Sebagai seorang pengguna Grab berstatus ‘emas’ tiga tahun berturut-turut, setahu saya, kalau dah tekan ‘cash’, wang tunailah bayarannya. Kalau ‘debit’, wang simpanan anda akan dipotong beberapa hari selepas khidmat tersebut digunakan. Kadang-kadang ada juga leeway di mana pemandu menerima bayaran paynow atau bank transfer. Tak pernah pulak lah try bayar pakai Nets kalau book melalui Grab. Ala tapi apa salahnya…Duit tetap masuk kan…

Tapi, kalau pemandu tu mati-mati tak nak accept, suruh dia cancel the trip so you tak payah bayar the cancellation fee. Lepas tu, rebook. And rasanya tak perlu nak viralkan kes macam gini. Mungkin pemandu tu ada sebab dia sendiri tak nak terima NETS.

Apakah pandangan anda tentang hal ini? Patutkah pemandu tersebut disalahkan? Atau adakah penumpang yang bersalah?