0

Sumber: Facebook Sadio Mané

Video memaparkan ‘winger’ Liverpool, Sadio Mané, membersihkan tandas sebuah masjid di Liverpool, England, tular di wadah Facebook dan Twitter.

Cuci tandas berjemaah

Berbaju biru dan berseluar pendek hitam, Mané dan dua lagi individu — seorang jejaka dewasa dan budak kecil menggembleng tenaga untuk mencuci tandas tersebut.

Pada saat ke-34 video berikut, Mané juga kelihatan bergurau dengan budak lelaki itu.

Malah, ini bukanlah kali pertama Mané berkhidmat kepada masyarakat. Menurut wawancara Mané dengan akhbar nsemwoha.com, dia telah membina sekolah, stadium dan memberi pakaian, kasut serta makanan bagi mereka yang memerlukan.

Membesar tanpa adanya keperluan asas seperti makanan, pembelajaran dan pakaian lengkap, jejaka 27 tahun itu tahu keperitan yang dirasai mereka yang kurang bernasib baik.

Lantas, dia lebih senang melaburkan wang yang diraih daripada kerjayanya pada barangan yang mendatangkan bukan sahaja kegembiraan, tapi juga faedah.

Katanya: “Kenapa aku nak 10 Ferrari, 20 jam berlian atau 2 kapal terbang? Benda-benda ni boleh buat apa untuk aku atau orang-orang aku?”

Tambahan pada itu, Mané turut memberi 70 euro setiap bulan kepada penduduk miskin di tanah airnya, Senegal.

Luahan wartawan: Inilah contoh manusia berbudi pekerti; yang ingat asal usul, tolong orang susah, berakhlak mulia. Networth 22 million pounds tau hah menggila kau. Ada dia action high SES? Ada dia lupa daratan? Ini bapak kerja kapal, mak kerja bank menyalak konon diri tu high class. Terus malu mengaku diri tu Melayu.

SEE MY LEVEL???!!? 22 MILLIONNZZZZ