0

Meski dunia dilanda bencana, kemanusiaan tetap wujud dalam kalangan masyarakat.

Sumber: Elisa Foo (Facebook)

Melihat keadaan seorang lelaki berkerusi roda terketar-ketar membuat pesanan makanan, seorang pak cik berganjak dari tempat duduknya lalu bertanya:

“Apa awak nak?”

“Kopi gau,” jawab lelaki berkerusi roda tersebut.

Sejurus itu, isteri kepada pak cik tersebut pula mempelawa lelaki berkerusi roda itu makanan:

“Awak nak makan tak? Mi siam kuah boleh?”

Sumber: Maya Kitchennette dan Roasty Coffee

Dan tidak lama kemudian, secangkir kopi bersertakan semangkuk mi siam dihidangkan di meja lelaki tersebut.

Sumber: Amazon

Sebagai tanda penghargaan pula, lelaki berkerusi roda tersebut, yang dikatakan aktif menjual tisu di luar pusat beli-belah Jurong Point, memberi tisu kepada pasangan warga emas itu.

Namun, pemberian tersebut ditolak dengan sopan oleh pak cik tersebut yang kemudiannya kembali ke tempat duduknya.

Teruja dengan keikhlasan pasangan tersebut, Elisa Foo mencatatkan perasaannya di Facebook.

“Hari ini, saya dapat menyaksikan adegan kemanusiaan. Saya hendak memuji pak cik tersebut tapi disebabkan peraturan jarak sosial, saya hanya dapat memberi pujian dari jauh. 

“Mereka telah menceriakan hari saya,” ucap Elisa yang mengakhiri posnya dengan #spreadpositivitynotvirus.

Pos asal

Lantaran itu, pos tersebut yang dimuatnaikkan semalam, 28 Mac, mendapat 1.4 kongsian dan reaksi warganet.

Semoga perkongsian ini dapat menjadi pemangkin bagi orang ramai untuk terus saling bantu-membantu.

Luahan wartawan: Tersentuh bila baca pos ni. Dalam masa meruncing macam ni, negara perlukan lebih ramai orang yang sanggup bantu satu sama lain. Sikap membantu bukan saja dapat meringankan beban, malah it’ll make someone’s day jugak.

Selain tolong beli makanan, ada juga cara-cara lain. Misalnya, kalau tau jiran kena LOA/SHN/Kuarantin, tolonglah buangkan sampah ke, offer belikan barang dapur dan makanan.

Kalau tau ada orang yang perlukan mask, hand sanitiser sebagainya, kongsikan. Jangan jadi hoader.

Banyak lagi cara yang boleh kita lakukan untuk lighten the mood.

Korang ada tak pengalaman dibantu atau membantu? Kongsikan jadi yang lain boleh jadikan experience korang sebagai pedoman 🙂