0

OKLETSGO menyambut ulang tahunnya yang pertama dengan menerbitkan sebuah persembahan ‘livestream’ buat julung-julung kalinya pada 23 Februari.

Acara yang sepatutnya dilakukan di luar terpaksa dibatalkan setelah pemerintah menaikkan tahap amaran DORSCON ke warna jingga.

Ekoran itu, acara tersebut dijayakan menerusi kaedah ‘livestream’ di wadah rasmi Facebook OKLETSGO.

f8bfa1_3d5f9ddae3f3442d8af2841cc70cb7be~mv2

Meskipun persembahan ‘busking’ tersebut berlangsung pada malam Ahad— dari sekitar 9 hingga 11:30 malam, ia disambut meriah oleh para penyokong OLG.

Secara purata, acara 2.5 jam tersebut meraih 5 ribu tontonan. Jumlah tontonan tertinggi tercatat pula adalah 5.5 ribu, dengan sebanyak 2.2 ribu kongsian dan 9.3 ribu komen sejurus selepas ‘live’ tersebut tamat.

Kini, jumlah tontonan kian meningkat dan telah menjangkau lebih daripada 200,000 tontonan.

Pelbagai kemudahan teknologi digunakan para pengguna semata-mata untuk menonton persembahan tersebut.

Ada yang menonton di kaca televisyen menggunakan kaedah ‘screen mirroring’ bersama keluarga tercinta.

f8bfa1_b007831ffab048c3b6c4fd0d55ef9782~mv2

ANAK KECIL TURUT TERHIBUR: Reishakaii menonton ‘live’ tersebut dengan anaknya yang melompat-lompat sambil mendengar dendangan Uncle Dzar, Uncle Dyn dan Uncle Razie.

f8bfa1_b59aa02986064cd2b954a05edc356892~mv2

TANGKAP MOOD: Juelzgrey menonton ‘live’ di bawah lampu oren.

Ada juga yang menonton di dalam kenderaan sambil merentas jalan raya.

f8bfa1_d15fa1e3307047ae804cb159b2fc75d2~mv2

TIDAK MAHU TERLEPAS ‘LIVE’: Nurul Maliana dan suaminya, Mohd Khairul, menyaksikan persembahan kelmarin di dalam kereta.

f8bfa1_c28d1220f0c44e35b34b86c3447630d8~mv2

DALAM VAN PUN JADI: Raffael_bella dan isterinya, seorang pendengar baharu, pula menonton dalam ‘veh’ mereka.

f8bfa1_d18cc9b4fc604f718a3b698490c6add5~mv2

HINGGA KE KL: Dalam perjalanan ke KL pagi tadi, Allybelle14 dan Mdsabri89 memainkan ‘live’ kelmarin untuk menemani mereka.

Ada yang menggunakan komputer riba.

f8bfa1_44b7fe4e83ba42219b598f928a18c3b0~mv2

SUKA SANGAT SAMPAI TERMAKI: Amirul Elfian begitu asyik menonton melalui komputer ribanya.

f8bfa1_762a4f669e44434782214368e905d724~mv2

PORTFOLIO BOLEH TUNGGU: Demi persembahan OLG, Latifah menangguhkan pembikinan portfolionya.

Malah, ada juga yang ‘bermultitask’.

f8bfa1_498c64dcf127409d852c362b50bf17d2~mv2

BEST OF BOTH WORLDS: Imm, pemandu rasmi OLG, menonton perlawanan antara Manchester United dan Watford sambil menyaksikan persembahan ‘live’ OLG.

f8bfa1_8ad55f8ac5ef4ff98180af1e7fed4ffc~mv2

COD OR OLG? BOTH!: Daing Nur Sham sanggup menggunakan dua telefon bimbit semata-mata untuk bermain COD sambil menonton persembahan gah OLG!

Di samping itu, persembahan tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa OLG Warriors yang menghantar jamuan bagi santapan Team OLG.

f8bfa1_3aad5fc5dc254f158aa0923203b07bc2~mv2

DEMI OLG: Meskipun sibuk dengan kerja masing-masing, Don dan isterinya membuat ‘cake toppers’ dan menempah brownie tower untuk meraikan ulang tahun pertama OLG.

Siap ada kad lagi!

f8bfa1_6a49eaebe2d24add9369c25a1fa2c4ae~mv2

SURAT CINTA UNTUK OLG: “Menggigil siol tangan” -Don (ps. ni bukan Don yang kat podcast…)

Team OLG turut hadir ke studio.

Menyusuli persembahan kelmarin, ramai peminat memberikan ucapan tahniah dan merakam penghargaan atas penyelenggaraan OLG selama setahun ini.

Menukil pengasas bersama OLG, Dzar Ismail, dia berkata:

“Kami telah mencecah 200,000 tontonan semasa livestream kelmarin, termasuk 5500 tontonan serentak di mana kebanyakan penonton menyaksikan persembahan kami di televisyen bijak mereka.

“Dengan penenteraman bahawa kami tidak akan menggunakan kata-kata kesat sepanjang livestream tersebut, penyokong setia turut mengajak anak-anak mereka untuk menonton persembahan kami.

“Ini membuktikan bahawa OLG mampu mencapai kejayaan yang lebih besar dalam dunia media, termasuk mengendalakan perkembangan media tradisional.

“Dalam pada itu, kami sedang menyelidik cara-cara untuk meraih pendapatan melalui wadah digital dengan meletakkan iklan-iklan yang tidak akan mengganggu kelancaran rancangan-rancangan kami.

“Penyisipan iklan dinamik sewajarnya dihentikan kerana masyarakat kini tidak minat akan pengiklanan sedemikian rupa.

“Oleh itu, kami amat kagum dengan penggunaan teknologi augmented reality (AR) semasa persembahan AJL. Bagi kami, itu merupakan pakej pengiklanan yang sesuai dewasa ini.

“Inilah masa depan dunia media.”

Semoga perjuangan OLG kekal kental dan terus disokong masyarakat sejagat.