Semenjak Singapura mengumumkan langkah-langkah pemutus litar, soalan ini sering ditanya para pendengar OKLETSGO:
“Podcast masih jalan ke tak?”
Jawapannya, podcast OKLETSGO tetap akan go!
“OKLETSGO diklasifikasikan sebagai ‘khidmat penting’ di bawah kategori ‘perkhidmatan dan penyedia maklumat dan komunikasi’.
“Oleh itu, kami telah meraih kelulusan daripada pihak Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) untuk meneruskan operasi selama sebulan,” jelas pengasas bersama OKLETSGO, Alex.

Sumber: MTI
Di samping itu, Alex turut berkongsi bahawa mulai 6 April, para pendengar akan dihiburkan dengan empat keluaran podcast pada setiap minggu selama sebulan:
Isnin — Tajaan XTEN for Men
Selasa — Tajaan National Council Against Drug Abuse (NCADA)
Rabu — Tajaan Team Sitimuszaideanbatisahbros
Jumaat — Tajaan Jus Berqah by Mylustre.com
Yes! Four podcasts a week!
Maka dengan itu, jadikanlah OKLETSGO sebagai teman setia anda di kala kesepian bekerja di pejabat seorang diri.
Mahupun untuk menyekat keriuhan di rumah semasa langkah bekerja dari rumah dikuatkuasakan.
Jangan lupa untuk dengarkan episod-episod baharu di Spotify OKLETSGO!