0

Tiada henti bagi podcast nombor satu Spotify, OKLETSGO, yang akan kembali beraksi di pentas menjelang 1 Ogos 2020.

Setelah menjayakan ‘live show’ ketiga mereka pada 28 Disember lalu, di mana 1300 tiket habis dijual dalam 60 saat (OOF!!), mereka bakal membuka 5000 tempat duduk, khas buat pendengar tegar OLG di The Star Theatre pula dari 8 hingga 10 malam.

Persembahan OKLETSGO pada 28 Disember 2019

Persembahan tahun lepas yang merangkumi kehadiran Encik Kons dan elemen interaktif yang menggeletek hati para penonton.

Do you think it stops there? Well, NO!

Newsdesk mendengar desas-desus bahawa OLG akan membawa kuda (yes, binatang horse) dan mechanical bull di atas pentas.

Dan bersedialah untuk basah kerana mereka juga akan memperkenalkan elemen air!

Kami turut menerima berita bahawa mereka bercadang untuk menerapkan aksi terbang! xO

Selaku show director, Kuzai memberi sedikit input tentang apa yang boleh penonton nantikan:

“Abang rasa, 2 kuda cukup kot. Kalau banyak sangat lif tak muat.”

Pengasas bersama OKLETSGO, Dyn Norahim

Pengasas bersama OLG, Dyn Norahim pula berkongsi tentang persiapan bagi persembahan tersebut:

“Kami telah pun membuat latihan semenjak awal bulan Januari ini di Tawau, dan akan teruskan latihan yang lebih intensif sepanjang bulan Ramadhan. Para penonton boleh menjangkakan sesuatu yang menakjubkan.”

Alex, juga salah satu pengasas bersama menyampaikan sepatah dua kata kepada Newsdesk:

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Tikus kepada semua orang Cina. Semoga diberkati dengan kekayaan, Insya Allah.”

Sekiranya mereka dapat menjual tiket sehingga sold out di Star Vista, mereka bakal menjadi persembahan Melayu pertama untuk melakukan sedemikian.

Star Vista pernah menjadi arena pentas persembahan untuk bintang bintang ternama seperti Amy Search, Anuar Zain dan Siti Nurhaliza.

Tiket-tiket berkategori akan dijual pada Jun atau Julai tahun ini dan, OLG juga akan mengadakan sesi ‘meet & greet’ eksklusif!

Make sure kali ni lincah! Nantikan pengumuman lanjut menerusi laporan kami disini!