0

Artikel semalam telah “mendorong” ramai untuk mencerita kembali kisah silam mereka — termasuk Rozie sendiri.

Pada awalnya, Rozie telah meluahkan perasaannya di Facebook menyusuli video yang ditularkan oleh pengguna Facebook, Mazlan Sulaiman.

Tangkapan skrin daripada Facebook Rozie

Namun, selepas hal ini dibentangkan di rangkaian kami, Rozie dan beberapa lagi pengguna Facebook, yang kami percaya merupakan saudara Rozie dan Bie Fazlee, telah menghubungi newsdesk menerusi aplikasi Messenger.

 

Mesej daripada Rozie

Mesej daripada seorang lelaki yang dipercayai sepupu kepada Bie Fazlee

Mesej daripada seorang wanita yang dipercayai kakak kepada Rozie

Daripada tangkapan skrin yang dikumpulkan, pihak Rozie mendakwa bahawa isu ini berlaku 2 tahun lalu dan sebenarnya, sudah pun dileraikan.

Kami juga membuat kesimpulan bahawa wanita hamil itu juga telah “play victim” dalam hal ini, berdasarkan maklumat yang kami terima.

Dan setakat ini, kami masih tidak tahu apakah sebab video ini dimuatnaikkan semula dan siapakah sebenarnya Mazlan Sulaiman.

Malah, video yang newsdesk terima telah pun dipadamkan pada jam 3 pagi pada 5 Januari setelah menjana 1000 kongsian di Facebook.

Kesudahan drama ini masih kabur namun, kami akan paparkan kisah selanjutnya jika newsdesk mendapat butiran lanjut.

Ada cerita sensasi? Video viral? Hubungi kami di lelaman rasmi Facebook OKLETSGO!

Baca article sebelum ini.