Malang melanda Manchester United apabila terlepas peluang untuk beraksi dalam Champions League musim depan. Mereka yang sekadar berjaya untuk seri dengan Huddersfield, pasukan paling corot dalam EPL, terpaksa makan hati apabila gol jaringan Scott McTominay pada minit kelapan dipadamkan dengan jaringan Isaac Mbenza sejam selepas wisel permulaan ditiupkan.
Sumber: Manchester Evening News
Sebanyak 23 das rembatan dilepaskan oleh Man Utd, tetapi hanya 7 yang terkena sasaran, itupun berjaya diselamatkan. Kelab dibawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer hanya mampu memenangi 2 daripada 11 perlawanan mereka dalam semua pertandingan. Ini mengundang pelbagai reaksi daripada penyokong tegar Liverpool FC yang rata-rata gembira dengan persembahan hambar Manchester United.
Sumber: Liverpoolfc.com
Sumber: The Star Online