Kegembiraan yang tiada tandingnya, mengalahkan kenikmatan kurma Yusuf Tayyub. Sumber: bbc.co.uk
Bayangkan, dalam perlawanan first leg di Sepanyol, Liverpool telah dihayam-hayamkan oleh Lionel Messi serta rakan-rakan seperjuangannya dengan kekalahan mendadak 3-0. Apa yang pasti, ramai yang sudah bersedia untuk kekalahan Liverpool di padang sendiri.
Wijnaldum score dua. Gila babas! Sumber: sportstar.thehindu.com
Beberapa selebriti tanah air yang gila bola turut mengambil kesempatan untuk menyakat kembali peminat EPL yang ketawakan mereka semasa perlawanan first leg. Antaranya, Khairuddin Samsudin:
Penyokong tegar Manchester United, Elfee Ismail turut akur tentang kehebatan Liverpool dan memberikan hamburan pujian walaupun pasukan rival.
Liverpool akan berdepan dengan pemenang perlawanan diantara Tottenham dan Ajax yang akan datang. Jangan betting ehk. Haram.