0

Sumber: Southbank Centre

Tiada kata yang dapat mengungkap kesesalan dan kesedihan Sati Sasi, seorang warga Malaysia yang tidak dapat hadir ke pengebumian arwah ibunya dek terperangkap di Singapura.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dikuatkuasakan di Malaysia, Sati meninggalkan tanah airnya untuk menetap di Singapura demi sesuap nasi.

Akibatnya, dia hanya dapat menatap wajah ibunya buat kali terakhir menerusi panggilan video.

Sumber: Sati Sasi (Facebook)

Hanya gambar untuk merawat rindu.

Sumber: Sati Sasi (Facebook)

Hanya gambar untuk merawat rindu.

Meskipun hiba dengan pemergian ibunya, yang meninggal dunia pada 24 Mac di Kuala Lumpur, Sati menggunakan pengalamannya sebagai peringatan buat rakyat Malaysia yang bertugas di Singapura.

“Kawan-kawan semua, duduklah di rumah. Pada rakyat Malaysia, kehidupan di Singapura bukanlah mudah. Jangan ambil ringan tentang perkara ini kerana kami (rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura) tidak boleh pulang hingga 15 April.

“Doakan keselamatan dunia. Amma, saya minta maaf,” catat Sati di Facebook.

Pos asal.

Menyusuli perkongsiannya, beberapa warganet yang tidak berhati perut mengecam Sati kerana memilih kerjaya daripada ibu sendiri.

Akan tetapi, komen-komen tersebut dibidas Sati dengan penjelasan bahawa dia tidak mendapat kebenaran untuk pulang.

Mujur, kebanyakan warganet memberikan kata-kata perangsang dan mempertahankan Sati.

Newsdesk ingin merakamkan takziah buat Sati sekeluarga.

Luahan wartawan: Hello orang tu tengah sedih korang masih nak gaduh-gaduh kat comments? Dah kenapa? Kalau dia boleh balik, memang dia dah balik. Dia takkan mengadu nasib dekat Facebook pun.

Kita pun tak boleh salahkan dia sebab ‘tak nak balik’. Dah sah-sah tengah COVID-19 ingat senang-senang immigration nak kasi orang keluar masuk kastam?

And kalau dia balik, there’s a chance she will lose her job in Singapore. Ingat senang nak cari kerja?

Fikir secara logika lah. Tak boleh ikutkan hati all the time. Kalau dah jobless nak makan apa? Aku nak cakap lebih tapi nanti orang fikir aku heartless. Takpelah.

Dah lah jangan marah-marah Sati lagi. Kesian dia.