0

Rakan Cina anda tiada teman pada Tahun Baru Cina (CNY)? Usah gusar!

Carrine Low, 22 tahun, ‘mempromosikan’ khidmat ‘temanita sehari’ di Facebooknya dan sejak pos tersebut dimuatnaikkan sekitar 5 petang semalam, ia telah meraih 2.1 ribu kongsian dan 1.1 ribu komen.

f8bfa1_464d80dc66d94f709061ae6f7aeb3228~mv2 Sumber: Facebook Carrine Low

f8bfa1_c4741c4d4db541fca91d37e0e041316f~mv2

Siswazah Universiti Teknologi Nanyang (NTU) tersebut menawarkan pelbagai jenis pesona yang boleh dia lakonkan bagi memuaskan bukan saja kehendak klien, malah untuk menutup mulut keluarga klien tersebut daripada mengata.

f8bfa1_5b84c56ede8b4a1ba7121307aa1b1d3e~mv2

Carrine turut mengongsi ciri-ciri dan kemahirannya — termasuk bermain mahjong dan mengopek udang.

f8bfa1_3a3b7c969b244036a9fd39703749e08f~mv2

Promosi ‘tunang bedek’ juga disediakan wanita jelita itu di mana klien tersebut dikehendaki menghadiahkannya sebentuk cincin. Pakej tersebut juga termasuk menukar status Facebook, memanggil ibu bapa kliennya ‘ma’ dan ‘pa’ dan sebuah album gambar.

f8bfa1_b398eed2270b4efb80641057f343a39a~mv2

f8bfa1_4ba6795157a54adea2a7848b9a7fac9e~mv2
Carrine bergambar dengan seorang Ah Mah untuk menunjukkan kebolehannya bercanda dengan warga tua.

Bagi perkhidmatan ‘sewa’ ini, Carrine mengecaj $100 setiap jam dan bayaran tambahan $0.30 dikenakan jika klien mahukan promosi tunang Carrine. Bahkan, dia memberikan diskaun $22 bagi mereka yang masih bersekolah.

f8bfa1_55750a296a2f4ae78c17d0bed409f307~mv2 Sayangnya, pos tersebut sebenarnya iklan bak kwa yang mempergunakan kaedah ‘jual diri’ untuk menimbulkan ‘hype’ di kalangan warganet.

f8bfa1_d3e59528409244d794ab9328866bc8b3~mv2

Kebanyakan pengguna Facebook hampa dengan kesudahan pos tersebut. Satu daripada komen yang dikongsikan membuat Newsdesk terbegik sedikit.

 

f8bfa1_caa7a9fff33e4d98b5d0bb6275088301~mv2

 

Janganlah tension…Awat hang bebai kahhh..

Namun, ada yang memuji taktik perniagaan bisnes bak kwa berkenaan dan daya kreatif Carrine dalam menjual produk.

 

f8bfa1_94a8b04538754fad9991dc50899b7ae8~mv2 f8bfa1_dbd8115a0142494fbf5007bc9a7c4073~mv2 f8bfa1_9eaef3ded7ab4e92b9537ecf0395b29b~mv2

Licik!