0

Sumber: Mynews

“Itu bukan adik lah bodoh!”

Itulah jawapan yang diberikan oleh Azwan Ali, yang lebih dikenali sebagai Diva AA, ketika diwawancara wartawan OKLETSGO tentang hubungannya bersama abangnya (bukan adik tau), Azmin Ali, yang juga merupakan Menteri Kanan Malaysia. 

Abang Diva AA, Azmin Ali.

Sumber: Malay Mail

Abang Diva AA, Azmin Ali.

Seperti yang diketahui orang ramai, Diva AA sering mengecam bukan sahaja abangnya, malah adik-beradiknya yang lain di media sosial. Namun, tidak ramai yang tahu mengapa diva tersohor ini begitu benci terhadap darah dagingnya. Beginilah ceritanya. 

Menyusuli kejatuhan Anwar Ibrahim pada 9 September 1998,  status Azmin turut tercalar dan telah mengakibatkan hiruk-pikuk dalam keluarga Diva AA di mana adik-beradik ‘mencocok’ satu sama lain.

“Once upon a time, adik-beradik aku tentang Azmin habis-habisan. Mati hidup balik semua tak suka Azmin.

“Tapi bila Azmin naik jadi Menteri Besar Selangor, mulalah dorang support Azmin.

“Kau bayangkan orang yang dia kutuk selama ni, dia boleh comolot. Jadi it’s clear kan dorang ni mata duitan. Semua mula menyonyeh. Hampir melutut, menggelupur jumpa Azmin Ali,” luah Diva AA yang berpegang pada prinsip ‘makikan jer’.

Sumber: MPP Online

Diva AA juga berang dengan adik bongsunya, Ummi Hafilda.

Dalam pada itu, Diva AA turut terkilan melihat perwatakan Azmin yang berubah menjadi seorang manusia yang ‘terlalu ego’ dan ‘berlagak’. 

“I ingat bila dia naik dalam bidang politik, dia boleh bantu Diva AA dalam banyak hal. Rupanya hauk.

“Dia buat banyak benda personal yang menghiris hati Diva AA. 

“Dia tak hormat aku. Aku ni Diva AA tau Azwan Ali yang cukup legend. Who the hell are you? Who is Azmin Ali? Who are yousss?” hurai Diva AA, 54 tahun.

Sumber: Twitter

Who are yousss? – Azwan Ali.

Tambahnya lagi, jalinannya bersama adik-beradik kian berantakan selepas kematian ibu tercinta pada 18 Februari 2017. 

“There is no more respect between each other. 

“Adik-beradik I ni semua bangkai. Dorang ni ex-adik-beradik sebab dorang ada sifat-sifat biawak hidup — depan lain, belakang lain,” kongsi Diva AA.

Akan tetapi, di sebalik mulut puakanya, tersirat rasa kesal di lubuk hati diva ‘ngetops’ ini.

Diva AA bersama arwah ibu.

“I banyak berdosa dengan mak I. Ramai orang kata diva ni anak derhaka lah, anak hanjing lah. Ehhh sedapnya mulut kau kata anak hanjing. Engkau? 

“Kau tak tahu masalah aku dengan arwah mak aku. Kau jaga mulut kau sebelum aku sagat.

“Arwah mak aku, arwah mak aku. Arwah mak kau, arwah mak kau. So apa masalah kau? Kerlas tak jawapan aku?”

Mujur, Diva AA dapat menumpang kasih bersama Melayu mulia syurga yang dapat menerimanya sebagai ahli keluarga.

Ibumu, ibuku jua.

“Mak kau, mak aku. Kat Singapore ni jer, Diva AA ada 50 keluarga angkat yang asalnya, peminat fanatic. 

“Memang diva kehilangan keluarga, kehilangan Azmin Ali, kehilangan adik-beradik binatang hanjing ni semua. Tapi Allah tu maha kaya. Dia bagi keluarga angkat yang datang secara misteri. Setakat adik-beradik hanjing ni, pergi mampos.” 

Bahkan, Diva AA telah memulaukan dirinya di kota London tahun lalu selama enam bulan untuk menjauhi anasir-anasir negatif di Malaysia.

Prestigious life of Diva AA di London.

“Enough is enough. Aku tenang kat sana bahagia hidup seorang diri.”

Prestigious life of Diva AA di Paris.

“Tinggal sorang, hidup sorang, makan sorang, berak sorang, cangkung sorang. Kau hado?” soal Diva AA yang dikenali dengan #mygreatlondon dan #worldclassonly.

Malangnya, dia terpaksa pulang ke tanah air atas urusan kerja dan mungkin tidak dapat kembali ke London dalam masa terdekat dek wabak COVID-19 yang semakin meruncingkan.

Sumber: Divaazwanaavazzztersohor1 (Instagram)

Ikutilah jejak Diva AA. Gunakanlah pilitup mulut.

Meskipun hidupnya seolah-olah terumbang-ambing di bibir muara, Diva AA mengongsi hal-hal negatif berikut tidak menghambat dirinya daripada perasaan berahi. 

Sumber: KiniTV

Diva AA masih stim. 

“I sebenarnya women. W-O-M-E-N. Kau sekolah tak?” 

“I ada perasaan seks yang tersendiri. Kemahuan seks kepada perempuan-perempuan cantik dah kurang. Sodeh!

“Tapi aku tak boleh tengok anak-anak ikan. So so so? Kau mampu?”

Sumber: Divaazwanaavazzztersohor1 (Instagram)

Diva AA bersama anak-anak ikan helokz dari OKLETSGO. 

Untuk mendengar podcast Diva AA Bernama OKLETSGO, click link dibawah ini:

Part 1: See My Level

Part 2: See My Level

Part 3: See My Level