0

Sejak ketegangan berlaku antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, warga sedunia khuatir jika negara mereka turut mengisytiharkan peperangan.

Di Facebook, golongan dewasa sibuk memberi pandangan tentang konflik ini dan meluahkan kebimbangan sekiranya Perang Dunia Ketiga berlaku.

Di rangkaian Twitter dan TikTok pula, para muda-mudi, khususnya dari AS, telah membuat memes dan hasil mereka telah mendapat sambutan meriah daripada pengguna media sosial dari segala pelusuk dunia.

Misalnya, tweet daripada pengguna @thekillakay_ telah mendapat 89.5 ribu retweets (kongsian) dan 294 ribu likes (ibarat ‘thumbs up’ di fesbuk).

PS. Bomboclaat bermaksud ‘apekah???’ dalam bahasa Jamaica.

“Bila tengah pura-pura mati abeh tentera Iran cakap ‘Tembak semua orang lagi’”

Ada juga yang membubuh kapsyen kelakar/biadab ke atas video TikTok yang dimuat pengguna TikTok kurang upaya, Nick Santonastasso.

Memetik video ini, pengguna Twitter @chupisss_ berkata:

“My man tryna slap my ass after coming back from ww3”

Penterjemahan: “Boi I bila dia try nak spank I lepas balik ww3”

Dia pakai kepala jack untuk “spank” matair dia…Tak bedek ah actually aku terkekek sikit…

Saksikan oku

Video ini pula memaparkan seorang wanita Timur Tengah yang sedang menari di tiang. Bukan tiang untuk pole dancing. Ni tiang yang ada cable…

Di jalan raya pula, ramai menonton persembahan wanita tersebut sambil bersorak. Ada juga yang menari sama. Kecoh!

Menggunakan video tersebut, warga Twitter @DIORtweets meletakkan kapsyen:

“me in Iran distracting soldiers while my family is evacuating the US”

Penterjemahan: “Aku kat Iran tengah tarik perhatian tentera Iran sementara famili aku keluar dari US”

Saksikan pompan gelek

Meskipun ada tatu salib kecil di dahinya, video 26 saat ini memaparkan seorang lelaki African-American membaca Al-Fatihah dengan irama R&B. (Mungkin dia baru convert dan sedang cuba melagukan bacaan surah.)

Namun, pengguna @ReadTGre telah menambahkan dosa newsdesk dengan kapseynnya yang berbunyi: “When iran military stops my car”

Penterjemahan: “Bila angkatan Iran berhentikan kereta aku”

Rasa berdosa bila tengok video ni…

Saksikan black mualaf at your own dosa

Video terakhir ini dihasilkan pengguna TikTok @ANYELO di mana dia menggambarkan gelagat dia dan ‘rakannya’, sekiranya perang berlaku.

Ni kelakar gila dan tak insulting. Kena tengok sendiri sebab kalau dah explain, dah tak kelakar. Tapi aku rasa yang buat kelakar sebenarnya cara dia ketawa HAHAHA

Saksikan kawans at war

Ada yang kata konflik tidak harus dipermainkan sebegini dan harus dipandang serius. Tetapi, mungkin ini tindakan refleks untuk mengurangkan kebimbangan mereka.

Apakah reaksi anda selepas melihat memes berikut? Adakah anda rasa terhibur atau marah? Kongsikan! Kalau ada memes lain, letakkan di bahagian komen.

Apa-apa pun, harap-harap konflik yang sedang berlaku ini dapat dileraikan dengan baik. I don’t want to eat tapioca everyday…