0

Dibesarkan dalam keluarga serba kekurangan, Menteri Negara Kanan merangkap Kementerian Pertahanan, Kementerian Ehwal Luar Datuk Bandar dan Daerah Tenggara Dr Maliki Osman, tahu akan erti kesusahan.

“Dahulu, saya dan adik beradik lelaki saya terpaksa tidur atas tikar mengkuang di koridor rumah sewa satu bilik keluarga saya sebab rumah tersebut terlalu kecil.

“Sedihnya, bila nak tidur, kami terpaksa tunggu semua jiran untuk tidur dahulu agar kami tidak menghalang pergerakan mereka,” kongsi Dr Maliki dalam podcast OKLETSGO.

Dr Maliki turut mendendangkan lagu ‘rock-kapak’ popular, Pada Syurga Di Wajahmu, semasa wawancaranya bersama OKLETSGO.

Oleh demikian, dengan sokongan parlimen dan masyarakat, Dr Maliki menubuhkan Wisma Geylang Serai (WGS) bagi kemudahan rakyat Melayu setempat.

“Dengan gabungan semua pertubuhan Melayu/Islam Singapura serta perkhidmatan sosial di sana, WGS secara tidak langsung menjadi pusat sehenti dan nadi masyarakat untuk semua lapisan umur.

“Misalnya kalau mereka perlukan bantuan, nasihat dan peluang pekerjaan, boleh saja ke WGS,” hurai Dr Maliki.

Sumber: PPIS

Anggota masyarakat boleh ke Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) untuk meminta bantuan.

Sumber:  M³

Pejabat M³ — Muis, Mendaki dan Mesra memberi informasi tentang hal-hal keagamaan seperti haji, zakat dan wakaf.

Pusat [email protected] merangkumi badan-badan  seperti Angkatan Karyawan Islam (AMP), Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) yang dapat membantu masyarakat dari segi pembelajaran dan kewangan.

Malah, hab bersepadu itu juga mengadakan pelbagai pameran, persembahan dan pertandingan agar masyarakat umum dapat menyelami budaya dan warisan orang Melayu.

Sumber: Berita Mediacorp

Acara ‘batik painting’ yang dilakukan bersama masyarakat umum sempena ulang tahun pertama WGS telah mencatatkan rekod baharu.

Sumber: Berita Harian

Anak muda tertarik untuk menyertai dan menonton ‘Gala Laga 2019’, sebuah acara yang menerapkan elemen tradisional dan moden dalam bentuk muzik.

Sumber: Instagram Suara WGS

Pertandingan ‘Suara WGS’ juga diadakan lewat tahun lalu untuk mencungkil bakat baharu. 

Natijahnya, lebih 2.3 juta orang menghadiri lebih 100 acara yang dijalankan di WGS sejak ia dibuka secara rasmi pada 2019.

Dalam pada itu, Dr Maliki turut berharap agar WGS kekal sebagai wadah untuk ‘menghidupkan budaya Melayu’ dan dapat memberi peluang bagi anak muda untuk ‘mendefinisikan erti budaya baharu sambil menyanjung budaya lama’.

“WGS milik kita bersama” — Dr Maliki 2020

Untuk mendengar podcast Dr Maliki, click link dibawah ini:

Part 1: Jom Jam

Part 2: Jom Jamming

Part 3: Jomlah Jamming