0
f8bfa1_1200d96ecb71486dbb9baab3227bba4a~mv2

Sumber: Agender Comic (Tumblr)

 

Farrel (Instagram), bukan nama sebenar, mengidentifikasikan dirinya sebagai androgynous (setengah lelaki setengah wanita) atau dalam kata jalanan, butch, sejak dalam lingkungan belasan tahun.

Hampa dengan perwatakan anak perempuan mereka, ibu bapa Farrel berusaha untuk mengubah anak mereka.

“Korang nanti pergi umrah tau,” kata bapanya secara mengejut, kira-kira enam bulan sebelum ibadah dijalankan.

Namun, meskipun bakal menjadi jemaah, Farrel mengongsi ibadah tersebut bukanlah halangan baginya untuk menghentikan gaya hidup liarnya.

f8bfa1_8a5ce3fbd3fc409f8cb2ee411707fb69~mv2

Sumber: Timeout.com

 

“Aku havoc gila rabak. Semua aku bikin. A few days before going pun masih lagi tengah pergi club, itu semua…Buat jahat dulu ah eh nanti tau nak pergi pe. Whack jer nanti pergi sana pun boleh cerita, baru boleh fikir ah,” kongsi Farrel dalam episod kedua podcast hari ini.

Akan tetapi, setitik cahaya keinsafan terdetik di kalbu Farrel tatkala menjejakkan kaki di tanah suci.

f8bfa1_ad8daf1c44f144acad90614fe0b092fe~mv2

Sumber: Pinterest

 

Meskipun teguh dengan pendirian bahawa dia seorang lelaki, Farrel menunaikan ibadah umrah sebagai seorang wanita atas dasar hormat pada agama.

“Masa menuju ke kaabah, aku tengok bawah je. Perasaan ‘Aku diterima ke tak eh? Apa jadi dengan aku bila aku jejak (sini). Dah macam-macam ah dalam otak. Tapi dalam hati aku istighfar je ah banyak-banyak all the way.

“The moment masuk ke tengah sikit, dongak tengok kaabah…Waterfall.”

“I know what I’ve done the past few years of my life, how I am, what kind of person I am. Then terus macam terimbas balik.”

“Bila aku tengok keliling aku, tengok kaabah balik, aku rasa like ‘Ya Allah, kau masih terima aku eh. Like aku dah rabak sia ni..Kau masih terima aku dalam rumah kau lagi eh,” cerita Farrel.

“At that point of time I know that no one can judge me in any way because God doesn’t judge me.”

Ingin mendengar kisah Farrel, click link dibawah:

Part 1: Butch

Part 2: Umrah Kembali Ke Fitrah

Part 3: Wanita Operate Jadi Lelaki