0

Baru-baru ni syarikat Gojek release satu article yang menyatakan, seorang lelaki bernama Faizal, 42 tahun, quit kerja dia sebagai jurutera enjin kapalterbang, lalu menjadi pemandu Gojek dan beliau meraih pendapatan sebanyak $7050 sebulan.

Sumber: Gojek

Sumber: Gojek

Habis kecoh wadsapp aku, sampai pakcik aku yang kerja public service tanya tentang kesahihan berita ini. Dia cakap, dah 20 tahun kerja public service, tak pernah jejak macam tuh peh gaji. Betul tak betul, $7050 sebulan?

Aku terus picit member aku yang dah pernah kerja macam nih, sejak zaman Uber, lepas tuh dia jump ke Grab, sekarang, Gojek. Ini kira-kira yang dikongsi.

Sumber: Gojek

Sumber: Gojek

Business overhead:

Kereta sewa – $1500 sebulan

Minyak – $1000 sebulan

20% Gojek ambil – Tertakluk kepada pendapatan menyeluruh

 

Kalau pemandu Gojek mula memandu pada peak hour, 6 hingga 10 pagi, 4 jam memandu,

dalam masa 1 jam boleh bikin 3 trip. Ikut purata, 1 trip $20. Jadi pendapatan 1 jam, 3 trip x $20 = $60 sejam. Kalau memandu selama 4 jam, maka, 4 jam x $60 = $240.

Biasanya, selepas jam 10 pagi, dah tak ramai rider. Tambang pula akan jadi murah giler. Jadi lazimnya, kebanyakkan pemandu Gojek akan berehat. Yang nak sambung kayuh dan kejarkan duniawi pun ada. Terserah keperluan masing-masing.

Next kita tengok peak hour, jam 5 petang hingga 9 malam. Untuk peak hour sama juga, 1 jam boleh bikin 3 trip. So, 5 petang hingga 9 malam ada 4 jam, dapatlah about 12 trips.

Sumber: buisnesstimes.com.sg

Sumber: buisnesstimes.com.sg

Ok. Jom kita kira. 1 trip, $20. So 12 trip = $240. Kita campur duit pagi tadi dengan peak hour. So, pendapatan keseluruhan 1 hari, $480.

Ok, so lets say pemandu Gojek nih nak kerja weekday saya. Weekend dia nak pergi jemputan. Takder masalah.

So pendapatan untuk 1 minggu, drive 5 hari, sama timing, $480 × 5 hari = $2400.

1 bulan ada 4 minggu so pendapatan 1 bulan, $2400 × 4 = $9600 sebulan!

So berapa gaji pemandu Gojek?

$9600 – (Gross income)

$9600 – 20% (Gojek ambil)

= $7680

$7680 – $1500 (bayar sewa kereta)

= $6180

$6180 – $1000 (bayar duit minyak)

= $5180

So gaji pemandu Gojek sebulan bersih adalah $5180. Nak jejak $7050, mungkin kau kene kayuh sampai 3am dan kene hujung minggu. Aku rasa, bolehlah jejak angka tuh.

Aku pun message lah kat pakcik aku yang nak tahu sangat betul ker tak gaji dorang macam tuh? Pakcik aku cakap, minggu depan dia tender.