0

Setelah berita tentang bekas petinju, Muhaimin Ibrahim, hendak membantu Aliff Aziz diuar-uarkan sejak Khamis lepas, artikel tersebut telah menjana lebih daripada 900 kongsian dan niat murni Muhaimin turut disampaikan kepada Aliff Aziz.

Pada malam itu juga, Aliff menghubungi Muhaimin dan mereka berbual melalui Facetime.

Petikan skrin antara Muhaimin dan Aliff pada Khamis, 30 Januari, 8 malam.

Menurut Muhaimin, Aliff tampak ceria dan perbualan tersebut teramat mesra:

“Masa Facetime Aliff was so happy. Dia cakap ‘Eh bro dah lama sia aku nak belajar..Aku nak self-defend..’

“Aku kata aku nak ajar dia boxing and kawan aku, who is a bodybuilder nak ajar dia bodybuilding, nak buat badan dia kasi cantik.

“Dia suka sangat. He was so happy and can’t wait to come down.”

Namun, segala niat Muhaimin terhenti tatkala Aliff menolak tawaran Muhaimin pada saat-saat akhir untuk menerima bantuan daripada seorang pelatih Muay Thai.

Perbualan antara mereka petang tadi (4 Februari) dihantar Muhaimin.

Sebetulnya, latihan tinju Aliff di bawah bimbingan Muhaimin berlangsung esok di studio Boomberman Boxing Club. Walaupun hajatnya tidak tercapai, Muhaimin mendoakan yang terbaik buat Aliff.

“Asalkan ada orang yang boleh jaga Aliff and didik dia dengan sempurna, aku ok. Aku percaya dorang pun akan ajar Aliff disiplin,” – ujar Muhaimin apabila ditanya tentang perasaannya ketika Aliff mengambil keputusan untuk berlatih di gim lain.

Baca artikel: Bekas Petinju Ingin Bantu Aliff Aziz