0
Ku tahu dari gerak-gerimu adanya sesuatu mengganggu fikiranmu. – Jangan Lafazkan, KRU

Meskipun tidak mengenali Aliff Aziz secara peribadi, Muhaimin Ibrahim, 35 tahun, tahu di sebalik tingkah laku Aliff sejak lewat tahun lalu, penyanyi dan pelakon itu dibelenggu kerumitan dan mungkin angkara itulah, Aliff sering terbabit dalam pergaduhan.

Oleh itu, Muhaimin, seorang jurulatih tinju, ingin berkongsi kemahirannya bersama Aliff.

Menyusuli video pertelingkahan Aliff dengan beberapa lagi lelaki di Geylang semalam, bekas petinju amatur tersebut tampil ke newsdesk OKLETSGO untuk menyuarakan keprihatinannya terhadap Aliff dan mengongsi mengapa dia begitu terkesan melihat keadaan Aliff.

“Aku tengok dia, aku teringat diri aku masa muda.”

“Kecil-kecil lagi, aku dah start lepak dengan budak-budak drug, masuk secret society semua…Senang cakap, tak ada hala tuju,” kongsi Muhaimin.

Namun, segalanya berubah tatkala dia menceburi bidang tinju bawah didikan Singapore Amateur Boxing Association (SABA) pada usia 14 tahun.

“Bila aku mula sibukkan diri aku dengan boxing, aku dah tak ada time nak mix around with bad company. Petang aku kena rush off pergi training, malam balik aku dah penat. Walaupun pergi balik training aku kena lalu depan tempat lepak aku, aku macam takde feels nak lepak. In a way, it has taught me how to be disciplined,” jelas Muhaimin yang menggunakan gelanggang tersebut untuk menjauhkan dirinya daripada anasir-anasir negatif.

Aimin yang dulu bukanlah yang sekarang. Sumber: Muhaimin Ibrahim

Bahkan, sukan ini juga telah mengubah imej Muhaimin yang kini, kelihatan seperti seorang tabligh.

Dulu dia matrep sekarang.. Alhamdulillah

“Aku nak jadi orang yang lebih baik. Dengan gaya macam gini, ia ibarat penghalang untuk aku daripada pergi club. Takkan aku nak nonsense dengan imej gini kan?”

“Lagi satu, sebelum aku ubah diri aku, aku ternampak coach Black-American yang pakai kopiah dengan kain masa ajar boxing. Kalau dia boleh gitu, apatah lagi aku? Tak gitu?”

NOTA BUAT ALIFF AZIZ

Oleh itu, Muhaimin, selaku pengasas kelab tinju Bomberman Boxing Club, ingin menyampaikan mesej buat Aliff:

“Aku tengok kau kena whack, aku teringat time orang buli aku. Sama ada kau salah ke tak (dalam insiden semalam), tu masalah kau. Tapi aku nak make sure kau boleh defend and discipline yourself. I will teach you for free.”

Muhaimin menggesa Aliff untuk menghubunginya melalui Instagram di @coach_bomberman atau lelaman Facebook Bomberman Boxing Club/Muhaimin Ibrahim agar sesi latihan boleh dimulakan dengan segera.

Aliff juga boleh langsung saja ke studionya di 93 Frankle Avenue.