0

Dek wabak COVID-19, tambahan $48 bilion, membuatkan jumlah keseluruhan $55 bilion, telah diperuntukkan untuk membantu rakyat setempat dan menstabilkan ekonomi.

Bahkan, pekerjaan rakyat Singapura akan dikekalkan dan para pekerja akan terus digajikan di bawah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS).

Sumber: LinkedIn

Contohnya, pemandu teksi dan kereta sewa privet yang layak akan mendapat $300 setiap bulan hingga lewat September.

Bagi pekerja bebas pula, setiap seorang bakal menerima $1,000 setiap bulan selama sembilan bulan.

Dalam pada itu, selama tiga bulan, $800 akan diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan disebabkan COVID-19.

Namun, meskipun pemerintah sedia membantu dari segi kewangan, Menteri Negara, Kementerian Pembangunan Negara & Kementerian Tenaga Manusia Timbalan Whip Pemerintah Encik Zaqy Mohamad menjelaskan bahawa rakyat setempat tetap harus giat mempertingkatkan diri.

Sumber: SkillsFuture

Seiring perkembangan dunia, pemerintah telah menawarkan program SkillsFuture yang meliputi kursus-kursus seperti kejuruteraan, pendidikan dan kesenian untuk menaik taraf kemahiran rakyat Singapura.

Sumber: ASPRI

Di samping itu, terdapat juga Program Penukaran Profesional (PCP) bagi mereka yang ingin menukar sektor pekerjaan.

Encik Zaqy di sesi rakaman OKLETSGO

“Dengan peluang yang ada dan sokongan yang diberi pemerintah, saya rasa ini masa terbaik bagi orang ramai untuk mempertingkatkan kemahiran dan teroka bidang baharu,”

Untuk maklumat lanjut tentang bengkel dan kursus kelolaan SkillsFuture sila langgani lelaman https://www.skillsfuture.sg/.

Bagi yang hendak menukar kerjaya, lungsuri https://conversion.mycareersfuture.sg/ untuk keterangan lanjut.

Untuk mendengar podcast ini, click link dibawah ini:

Part 1: Daripada Barber

Part 2: Kepada Driver

Part 3: Dan Akhirnya Coder