0

Sumber: Straits Times

Sungguh tak disangka.

Pada pagi 7 Januari, Selasa, seorang bayi lelaki dijumpai di dalam beg plastik berlumuran darah yang telah dibuang ke dalam tong sampah di Blok 534 Bedok North Street 3.

Menurut laporan The Straits Times, pembersih estet, Encik Patwari Shamin, 24 tahun, terdengar tangisan bayi sedang dia dan rakan sekerjanya mengeluarkan sampah dari tempat pembuangan sampah.

Ekoran itu, mereka menghubungi Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC).

Bayi tersebut, yang ditemui dalam keadaan stabil, telah dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH) dan setakat ini, tiada kesan kecederaan dapat dilihat.

Polis juga didapati membuat rondaan di setiap di blok tersebut.

Menyusuli berita ini, ramai meluahkan simpati terhadap anak ini. Ada juga yang menunjukkan amarah mereka.

Sumber: Straits Times

Manakan tidak, ramai di luar sana yang mahukan zuriat. Bermacam cara yang diusahakan — IVF, yoga, jamu, urut dan sebagainya tapi masih gagal. Sehinggakan ada yang redha saja dengan nasib mereka.

Akan tetapi, untuk wanita/pasangan ini, begitu senang dia/mereka membuang bayi ini. Seolah-olah bayi ini seperti patung mainan Baby Alive — tidak bernyawa, tiada perasaan.

Memang amat mengejutkan kerana kes-kes sebegini, seperti apa yang kita selalu dengar, berlaku di negara-negara Dunia Kedua atau Ketiga. Mengikut statistik yang dikeluarkan, dari 2009 hingga 2018, terdapat 16 kes pembuangan bayi. Puratanya agak rendah..Dan tiba-tiba tahun ini, kes ini berlaku.

Meskipun ramai yang kurang senang dengan berita ini, ada segelintir masyarakat yang mempermainkan hal ini.

Rangkaian memes NYP di Instagram telah memuat naik sebuah meme yang amat sensitif dengan kapsyen:

“I pick you up at the dustbin la stop asking so many questions.”

Instagram: @memesnyp

Macam sial kan? Ingat kelakar pe? Kalau ni adik kau, agak-agak kau bikin memes tak? Sorry teremo jap.

Walau apapun sebab ibu bapa bayi ini sampaikan sanggup membuang anak mereka, semoga mereka diberikan balasan yang setimpal.

Dan semoga bayi ini membesar dengan sihat dan diberi kasih sayang serta perlindungan. These are basic human needs.

Apakah perasaan anda? Kongsikan.