0

Bulan Ramadan ni sebenarnya bulan mulia. Kita digalakkan untuk berbuat baik segala. Tapi ada beberapa perkara yang aku dah lama perhatikan, membuat aku bingit. Tapi yerlah, ini pendapat aku sahaja, pendapat korang mungkin berbeza.

Sumber: jabbartribunews.com

Sumber: jabbartribunews.com

1) Semangat 5 minit terawih

Biasanya time baru start puasa masjid full dengan jemaah. Terawihlah katakan tapi bila dah pertengahan atau dah nak habis puasa, jemaah tinggal 3 row jer.

Sumber: Kiplinger.com

Sumber: Kiplinger.com

2) Makanan bazaar macam harga minyak

Kalau kita beli mee goreng kat kedai mamak harga baru $3.50 tapi kalau beli kat bazaar harga jadi $12. Kalau nak cakap kena cover sewa, kedai mamak tu tak payah bayar sewa ker?

Sumber: mimidroid.com

Sumber: mimidroid.com

3) Group MDK, Mengharapkan Dikachui

Mesti ada group-group yg jalan ramai-ramai, pakai sachok, rambut setting, wangi-wangi, jalan kat bazaar tapi tak beli apa-apa dengan harapan orang kachui diorang dan nak kenal-kenal dengan diorang. Baik lelaki atau perempuan.

Sumber: Compliancex.com

Sumber: Compliancex.com

4) Lalai walaupun setan takda

Sedar tak sedar bulan puasa ni ramai orang tak solat Maghrib. Senang cakap bila pergi bazaar, buka luar. Selepas buka, terus jalan-jalan kat bazaar atau buka, makan lepak sampai masuk waktu Isyak. Tapi tak semua, sabarlah, kan dah cakap tak semua orang macam tuh.

Sumber: memecentre.com

Sumber: memecentre.com

5) TBP (The Buih People)

Orang yang kuat buih semasa bulan puasa ni memang biasa. Selalu plan nak iftar ramai-ramai, members NS, primary school, secondary school, members kerja lama. Plan, plan, plan, nanti ada yg last minute tak dapat make it pasal anak ragamlah, suami tak kasi lah, kena overtime lah, yg aku paling benci, reason, PERSONAL MATTERS! Tapi kalau kita fikir positive ada bagusnyer jugak, takut kalau members lama semua jumpa balik, kudis yang lama boleh berdarah balik. Terscandal sana sini. Maklumlah, kalau asyik makan nasi lemak jer, kadang-kadang pun nak kena rasa nasi paprik.

Sumber: thenigerianinfo.com

Sumber: thenigerianinfo.com

6) Online conman entrepreneurs

– Ni korang semua nak kena berjaga-jaga. Banyak aku dengar cerita bila time puasa online sellers banyak yg menipu. Janji menggunung tapi last-last habuk pun tarak! Aku pernah experience last yr. Aku order makanan tingkat berbuka untuk 1 bulan, dah bayar semua tapi diorang cuma hantar 3 hari jer. Kepala pistol. Call tak angkat. Dah raya, sardin jer ucap Selamat Hari Raya kat fb. Tiberrr.

Sumber: ocala.com

Sumber: ocala.com

7) Setan riak

Ahhhhh! Jangan terperanjat kalau kita masih boleh nampak setan-setan riak yg bersepah kat mana-mana. Siapa diorang? Pakcik-pakcik main dam sambil minum nescafe tarik, brader-brader degilz tengah kerja minum teh ais dengan hisap rokok Marlboro lights, adik-adik dan kakak-kakak yg pakai satu suku kain jer yg mana buah dada dan chamber belakang bermain cak-cak. Ini masalah untuk aku juga. Terpaksa aku buka skali!

Sumber: theindianexpress.com

Sumber: theindianexpress.com

8) Menjual wajah

Ini adalah untuk mereka yang perasan artis. Konon-konon pergi bazaar nak beli barang tapi mengharapkan peminat amik selfie dengan diorang. Bukan nak judge, kalau nak beli barang mesti dengan family per. Tapi ni jalan dengan members dua tiga orang. So si artis expect orang nak selfie dengan dia. Yang members si artis pulak rasa bangga. “Eh, gua member dengan artis lah siak!”

Sumber: accidentalfactory.com

Sumber: accidentalfactory.com

9) Riak subtle

Korang akan nampak banyak posting kat Facebook dan Instagram orang post gambar barang-barang yg diorang dah beli. Eg. LV bag dengan caption, “Finally, 3 tahun kumpul, dapat jugak beli.” Atau kereta BMW atau Mercedes dengan caption,” Kereta dah siap untuk raya. Aku bersyukur dengan rezeki yg Allah berikan.” Come on lah. Nak tunjuk kau ada LV bag atau kereta mahal, janganlah pakai nama Allah.

Sumber: cbr.com

Sumber: cbr.com

10) Return of the roh

Hah. Ni paling best. Ada jugak orang-orang kita ni kata yang roh-roh orang dah mati akan datang lepak kat rumah kita masa bulan puasa. Bila takbir raya berkumandang, semua roh-roh mula sedih pasal nak kena balik kat kubur masing-masih. Betul ker tak, Allah saja yg tahu. Tapi sekali dengar dah macam hungry ghost pulak.